Thursday, 27 July 2017

SERONOKNYA BILA SENTIASA POSITIF :)

Assalamualaikum. Haha kau dah kenapa ni letak tajuk macam nak bagi kat majalah? Hahahaha. Okay firstttt, lagi 5 hari result sem 2 nak keluar, set time ni gaisss 3 Ogos 2017 tapi JANGAN tanya result laa, eh eh eh :) kengkadang tu ada benda yang kita kena keep for ourself jee :P Second, ya Allah rasa lega bila dah settle hutang dengan kawan, dengan cikgu dekat sekolah! Rasa macam ya Allah ringan sangat bahu ni :") terima kasih semua :) Third, ya Allah banyak bendaaa nak cerita sebenarnya! Tapi semuanya berkaitan dengan = hati dan perasaan T_T sebabtu aku lama tak update belog sebab aku taknak aku terlepas cakap ke apa kan .. dah la tak private belog kang adaaa je makluk Allah yang terbabas kang. Kalau tak kenal aku, okay la kalau yang kenal? T_T Forthhh assignment BM 100% done! Eko pulak 95% done! Yeah :D #palinghappy.

Sebenarnya banyak benda baik jadi dekat aku kebelakangan ni. Aku rasa macam benda tu pernah je kot jadi sebelum ni tapi entahlahh. Aku ni baran sebenarnya. Okay salah .. SANGAT baran lah hahahaha >< certain people je boleh faham perangai aku ni. Tapi tak tahu kenapa boleh timbul kesedaran ni. Susah sebenarnya untuk orang yang ego macam aku ni mulakan minta maaf, sabarkan hati daripada marah atau mencarut, susahhhhhhhhhhh sangat! Kalau ada yang sokong aku tu, Alhamdulillah terima kasih banyak. Fira sayang awak tau? <3 Kalau takde yang support pun, it's okay .. semua orang ada pilihan masing-masing kan? Fira hormat keputusan awak, okay? Fira tak dendam pun :)

Lain sangat tau perasaan ni sebenarnya. Bila selalu senyum ni, susah nak marah orang, nak jeling orang. Ala kan ada satu kata hikmat tu, "Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman" hikhik. Fira baru tau and dah rasa kesan positif yang saaaaaangat best sampai taktau nak describe! Kalau ada yang ada masalah jiwa baru baru ni, stress dengan daily life, cube ubat ni keyh? Free je tau :) Kena ingat .. setiap masalah ada penyelesaiannya. Kalau kita marah, kita tak dapat fikir rasional, so nanti decision yang kita buat pun haaa mesti ada bad effect kan? Fira cakap sebab Fira banyak kali buat macam tu. Yang sakitnya orang keliling Fira, kesiankan :( 

Doakan Fira terus istiqamah tau ? Seronok bila positif, ada masalah pun rasa macam kecik punya hal, haha! :p jom sama-sama kita fikir positif okay? Susah tu memanglah, tapi kita paksa, kita cuba - lama lama nanti kita biasa. Keyhh? Okayy babai, sayang awak :">

Saturday, 22 July 2017

AKU DIAM SEBAB AKU MALAS NAK GADUH. OKAY?

Assalamualaikum. Percaya atau tak kalau aku cakap aku fikir selama 15 jam sama ada nak post ke tidak entry ni. Aku rasa macam nak gila dah sebab cakap sensorang. Dah lama dah weh aku tinggalkan habit bila sedih bila marah bila geram caci maki dekat dalam kertas sampai tembus sebab feel sangat =.=" Sejak dah ada belog ni kann, kemaenn T_T Tapi seriauu je kalau salah cakap and effect dekat orang. Terasa ke menyampah ke.

Haish, fikir lagi pasal perasaan orang?
Haish, letih! 

Aku ni susah lah nak cakap kalau ada benda yang aku tak puas hati. Padahal kat dalam hati ni macam-macam aku nak cakap. Aku senyap. Aku simpan. Sebab aku taknak keruhkan keadaan. Tapi tengoklah apa yang aku dapat. Niat baik aku takde sapa pun amik kesah, bila aku salah sikit sampai Kiamat dok mengungkit.

Haish, letih! 

Kadang-kadang aku nak lari dari realiti. Kadang-kadang aku rasa tak kuat. Kadang-kadang aku rasa takde sapa sokong apa yang aku buat. Aku dah last sem dah. Tinggal 4 bulan lagi nak habis. Tapi fikir tak perasaan aku bila kau cakap aku buat kerja yang sia-sia? Kau fikir tak macam mana benda tu effect dekat study aku? Aku senyum tak bermakna benda tu kelakar! Macam yang aku cakap tadi .. Aku malas nak gaduh. Kalau gaduh, aku tau kita takkan berbaik macam dulu dah. Aku sayang kau. Aku taknak hilang kau dalam hidup aku. Tapi kenapa orang yang aku sayang sangat-sangat tak support aku? Aku down sekarang weh. Aku tak dapat nak tipu. 

15 jam aku fikir patut ke tak nak cakap. Sebelum cakap, lain kali memang kena fikir. Bukan main hembus je. Kalau kau tak suka apa yang aku buat, takpayah nak cakap apa yang aku buat tu sia-sia! Kenapa tak bagitau dari awal? Masa mula-mula aku tanya pendapat kau dulu? Kenapa mesti waktu aku dah nak habis? Allahuakbar. Aku tak tahu apa niat kau. Aku tau aku tak dapat nak banggakan kau. Aku tau aku ni menyusahkan hidup kau. Tapi aku mintak kau sabar. Macam aku cakap tadi, 4 bulan je nak habis dah. Lepastu aku tak kacau kau dah. Kalau kau nak pergi, aku pergi. Kau takpayah dah nak sakit kepala fikir pasal aku. TAKPAYAH! Sakit aku jatuh aku frust aku, biar aku tanggung sorang. Serious doh, aku takkan susahkan kau.

Tapi untuk tempoh 4 bulan ni, aku merayu sangat sokongan daripada kau. Jujur aku cakap sebenarnya aku lemah tanpa kau. Sebab aku sayang kau weh. Tapi .. kenapa orang yang aku sayang buat aku macam ni? Sebelum ni aku tak kisah orang lain nak cakap apa. RAMAI sangat dah yang bagitau aku ni USELESS. Bodoh! Kawan-kawan? Semua cakap. Cikgu? Pun ada yang cakap. Tapi aku tak amik kisah apa dorang nak cakap. Aku jadikan benda tu sebagai penguat semangat kau. Tapi .. bila benda tu keluar daripada mulut kau, aku rasa nak berhenti sekarang jugak! Kau nak ke? Kalau kau nak, SUMPAH aku berhenti! SUMPAH!! Kau cakap je, anytime aku berhenti. Aku sayang masa depan aku tapi aku lagi sayang kau. 

Untuk kawan-kawan lain yang baca post ni, jangan jadi lemah macam aku ya? Kuatkan hati bila orang tak percaya dengan kebolehan kau. Takpelah, hidup ni sementara je. Biarkan orang nak benci kita selagi kita masih hidup. Nanti bila dah mati, biar kebaikan kita yang terus berkata-kata. Jangan balas balik. Jangan berdendam. Allah uji sebab dia tahu kau cukup kuat. Jadi percaya pada janji Allah. Allah sayang kau. Dia akan selalu ada. Menangislah, dapat legakan perasaan walaupun sikit. 

Maaf sebab ikutkan hati. Pada yang terasa, aku minta maaf :")

Friday, 21 July 2017

EXAM DONE

Assalamualaikum. Tajuk tu ada nada riak sikit hahaha padahal baru habis ujian je, bukan final pun =.=" tak faham kenapa nak riak dan takbur sangat? HAHA biarkan aku happy kejap boleh tak? Ciss. Hari Isnin je aku datang sekolah. Manaaa lah tau last last minute tu cikgu nak bagi spot soalan keee, kan? Tapi hampeh. Apapun takde :") So hari Selasa dengan Rabu aku tak datang. Kahkahkah. Haaa dua hari ponteng kelas ni laaa masa aku belajar balik. Sumpah dooo. Ni baru first time aku bukak buku sepanjang sem ni. Pesen suka study last minute. Hakhak :)

Semalam exam Pengajian Am dengan Sejarah. Soalan ABC okay boleh jawab. Tapi dalam 15 soalan tu ada 5 tak yakin =.=" Dia punya graf Alhamdulillah konfiden jugaklah. Dia punya eseiii astagaaaaa. Sebelum exam tengok jadual, fhewww lega sebab dua jam! Bila bukak kertas exam tu baru aku tahu kena buat dua buah esei! Dua jenis esei, 700 patah perkataan! Astagaa patutlah dua jam. Okay tak jadi lega =.=" Pengajian Am last sem ni pulak memang tak lari pasal isu luar negara la, pasal ASEAN la. Since arus perdana aku memang tak kesah langsung pasal ASEAN ni ghupenyaaa benda yang kita benci tu la yang kita kena hadap untuk 6 bulan ni! Hukhukhuk. Tapi seronok la belajar pasal ASEAN, serious best! :) Yang tak bestnya bila kau nak buat esei and kau takde pengetahuan am. Haaa yang tu sumpah tak leh blah. Kau rasa nak renyuk kertas pastu tidur je.

Sejarah pulak memang takde la ABC kuantitatif apa bagai. Memang esei semata-mata. Kena jawab 4 soalan. 2 soalan pasal isu dalam negara. 2 lagi pasal isu luar negara. Astaghfirullah (T_T) Tapi Alhamdulillah disebabkan baru ujian setara kennn, so keluar pasal dalam Malaysia jelah! Tak habis kaver satu buku lagi hikhik. Macam mana? Boleh jawab ke idok? Hmmm pasal ekonomi sara diri tu, okay. Pasal Adat Perpatih Adat Temenggung pun okay. Pasal kedudukan raja dan peranannya pun, okay. So dah okay tiga soklan. Yang tak okaynya pasal ekonomi komersial. Memang rasa nak tinggal komer and tinggal 4 patah kat belakang je. Haishhh! Sebelum exam memang aku skip benda tu sebab aku fokus dekat sara diri. Siap cakap kat member aaa punya taknak jawab. Bukak je kertas exam nampak soklan tu dulu. Rasa nak caruttt je tapi ku tahan jebat, ku tahan (T_T)

Hari ni pulak exam maut! Eh bukan pasal soalan sakaratul maut. Tapi KILLER PAPER! Sape yang rapat dengan aku tau lah aku punya kelemahan dalam Ekonomi. Hari ni exam tuuuuu dengan Bahasa Melayu. Sape masuk Form 6? Haaa dia tahu lah BM tu macam mana topiknya. Sem 1 senang. Sem tiga ni pun boleh tahan senang la. InsyaAllah lagi dua bab, done! Tapi sem dua, hmmmm susah :") kenapa ni? Nak buat orang mental eh? Tak baik wak :") Exam BM tadi adudu banyak pulak keluar pasal bahasa slanga. Siap mintak contoh tak lebih 30 hingga 40 words. "Lu punya sembang bikin bimbang. Lu jangan sampai gua angkat gua punya ayahanda kasik tetak sama lu. Lu bikin gua panasss je!" Okaybai. Harap-harap cikgu tak baca jawapan aku tu. Aduh samdol, mestilaaa cikgu baca gile! =.=" Lepastu yang bahagian bahasa kasar tu dah cun cun dah buat "Kau dah kenapa?" Lepastu rasa macam tak kasar jeee, terus cancel and tulis "Bodohlah kau" Hakhakhak lariiiiii takutttt cikgu baca (T_T)

Okay last sekali E-ko-no-mi. Aku ni dari sem 1 sampai dah last semester dah! Asal Ekonomi je buat hal. Aku tak tahulah apa masalahnya. Haih. Tapi soklan tadi boleh tahan laa. Kau bayangkan sejam je nak buat 5 esei dengan soalan kuantitatif?!! Tapi ehem ehem, 25 minit je baai aku siap. Hihi :) Betul ke tak, tak tahu. Aku dah buat yang terbaik dah. Apa yang aku baca, sebijik aku letak dekat jawapan. Kalau tak kena jawapan dengan soklan, okay bai bai! Majok =.="

Okay lepasni fokus nak buat assignment pulak! Sekarang dah 21. 30 dah dateline. Satu muka surat pun aku tak buat lagi. Astaghfirullah. Besok rasa macam nak tengok wayang :/ Tapi tahan jebat tahannnn. HAHAHA. Okaylah gerak dulu. Rindu sama belog dah terlerai heheee ~.~ 

Tuesday, 18 July 2017

SHORT UPDATE : EXAM

Assalamualaikum gais. Hai! Okay taknak cakap banyak cause berlambak lagii topik nak kena baca. So yeah, doakan aku dapat jawab exam Khamis dan Jumaat ni.



Doakan jugak aku dapat jumpa Ismail Izzani lagi. Hikhik :P
Okaybai.

Saturday, 15 July 2017

SHERRY AL HADAD, HEFNY SAHAD, ISMAIL IZZANI DAN IRFAN HARIS DEKAT IOI!

Assalamualaikum. Petang tadi keluar kejap g IOI dengan adik. Nak beli buku. HAHA hampeh gila kan? 4 hari lagi nak exam, buku pun takde. Nampak sangat tak belajar =.='

Masuk je adik dah cakap "Asal dorang berkumpul?" Aku cakap "Biarlah. Jom jom" Malas nak layan hahahaha. Tiba-tibaaaa, aku dengar suara Kak Sherry Al Hadad! Oh dem nyesal pulak berambus gitu je. Dah masuk kedai buku, haduuu dengar suara Ismail Izzani pulak! Yang nyanyi lagu Sabar tu. Aku tak suka lagu tu tapi penyanyi diaaaaaaaaa, sumpah comel! :D

Masa tu tengah fikir, selain Eko nak amik buku apa eh? Bila dengar je mamat comel tu nyanyi aku terus cakap kat adik, "Okay dah. Nak ni je. Jom balik" Yang benornya, nak tengok kat orang kerumun-kerumun tu ha. HAHA. Bila turun jeee, dari jauh dah nampak Kak Sherry! 

Ya Allah sumpah cantik wehh. Mana ade besar sangat pun badan dia bila tengok live. Serioussss lawa :) Tak tipu! Bila dekat sikit, haa tu dia! Tu dia! Tu dia! Ismail Izzaniiiiii. Ya Allah muka dia astagaaaa comel tahap rasa nak nyorok kat dalam almari! Takut orang curik! Hahahaha. Lepastu entah, technical problem kot, hmmmm pusing balik je dia dah takde. Kan betul orang curik :( haha! Tak la dia pergi rehat kot. Ke aku tak perasan tah, sebab kecil je orangnya :)

Tengok je balik dekat pentas, ade Irfan Haris dengan Hefny Sahad pulak! MasyaAllah terus aku lupa entry aku yang sesedih sebelum ni kahkahkah! Irfan memang comel yang amat! Hefny pulak perhh hensem gile. Haa sila sebarkan lagu Irfan yang terbaru tu eh, Pesan by Irfan Haris. Aku rasa macam aku baru cakap aku suka lagu yang lama-lama, tetiba jumpa artis baru pulak hahahahahaha. Kalaulah aku cakap aku nak jumpa Tajul, Haqiem Rusli, Projektor Band ke .. kan bagus! Alang-alang TERJUMPA jugak hehehe :P

Crush lama aku dah ada GF kan? So crush baru aku Ismail Izzani hahahahaha. Sorry awak kita tak minat lagu awak tapi awak cute :P tapi tetiba aku rasa macam best pulak lagu Sabar tu. Nak pulak tang korus dia, jangan menangis sayangku hahahahaha okey tak nangis =.=" dua tiga ketul entry aku sebelum ni nak emo je kan? Aku pun tak paham.

Okay dah takpayah nak mengarut eh. Errr =.=" Cuba korang bagi aku idea untuk isi soalan berikut :

Soalan Pertama
Sumbangan Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa amat besar. Akan tetapi, Malaysia juga berdepan dengan masalah-masalah dalaman. Jelaskan.

Soalan Kedua
Kerjasama Malaysia dengan negara-negara ASEAN lain dapat menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara. Bincangkan usaha-usaha yang dapat membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Soalan Ketiga
Kerjasama dengan negara luar telah membolehkan Malaysia mengaplikasikan sains dan teknologi untuk pembangunan negara. Bincangkan. 

Pengajian Am sem tiga ni memang semuanya berkaitan ASEAN. Pasal Dasar Luar Malaysia apa bagai. So nak atau tak, kena fikir luar kotak lah kot. Tapi kenapa aku masih fikir pasal Ismail Izzani? Dem jatuh cinta pandang pertama kot hahahaha

KEPERGIANMU LEBIH MEMBAHAGIAKAN

Assalamualaikum. Semalam lepas update pasal raya tu, aku rasa macam sesuatu yang sedih. Yang haritu ingatkan dapat tahu crush dah ada GF je, rupanya petang tu mama cakap "Kakak, nenek tenat" Allahu. Sama macam dulu, nangis tiba-tiba and tak lama kendian, "Kakak, atuk dah meninggal" :") Lepastu semalam rasa sedih jugak. Rupanya sebab nak gi beraya tu tak jadi. Malas nak cerita kenapa. Sakit hati! =.="

Dulu aku tengah bosan aku saje tulis "Missyou" and send dekat crush aku. Masa tuuu kredit aku 2 sen je baii! So aku tak expect msg tu sampai dekat dia. Tiba-tiba dia suruh call. Ah sudah =.="

Kelmari aku buat ws. Sebelum ni dah buang dah, HAHA! Tapi still buta IT jugak =.=" Aku teringat ex aku baru buat ws. Tapi aku tak tahu macam mana nak cari contact dia. Lepastu aku belek-belek sekali tercall! Apa benda dooohhhh. Seminit .. dua minit .. Dia ws! "Assalamualaikum" Terus aku off phone. Lepastu nak hantuk kepala kat dinding. Tapi ku tahan. Tahannnn! Bila on ws, aku balas jugak salam dia. Sakai kan aku :)

Aku ingatkan ada peluang untuk berbaik. Tapi aku silap. Memang takde peluang dah. Pergilahh .. Mungkin tu lebih baik untuk aku, lebih bahagia untuk kau. Maaf sebab tercall. Ye, aku cari sebab aku rindu tapi aku faham .. Aku faham apa yang kau nak. Dulu bila dengar lagu Ezad dan Eva : Dua Insan ni selaluuu senyum sorang-sorang. Sebab aku nak kita jadi macam tu. Jauh ke dekat ke, kita ingat each other. Susah payah tanggung sama-sama. Dugaan apa sekalipun yang datang, kita tempuh sampai settle. Tapi sayang .. Impian semalam je :)

Lagu pertama yang bila aku dengar aku akan terusss ingat kat kau! :) Shireen Sungar dan Teuku Wishnu : Cinta Kita. Kenapa? Haa ce kau dengar lirik dia. Kalau kau rasa apa aku rasa, baguslah. Kalau tak rasa jugak, diam jelah. Takyah tanya apa-apa kat aku. 

Memandangkan impian aku tu dah hancur lebur, tolong dengar 3 lagu ni pulak eh? Sorrylah aku memang minat lagu lama berbanding lagi zaman sekarang, haha.

Francissca Peter : Sekadar di Pinggiran. Hati sedih. Hati pedih. Mengenangkan keindahan bersamamu. Tidak ku sampai ke puncak sana. Apalah daya, bertahan cuma di pinggiran yang memilukan.

Zaiton Sameon : Menaruh Harapan. Dulu aku sendiri, kini masih sendiri hadapi hidup ini. Susah senang diriku, tak bertempat mengadu seperti burung kepatahan sayap. Di hati kecil, ku menaruh harapan.

Aishah : Janji Manismu. Hati membeku mengingatkan kata janji manismu. Ku dilambung angan-angan. Belaian kasih sayang suci darimu. Oh kejamnya. Lidah tidak bertulang, ucapan cinta menghirs kalbu. Ku kan pergi membawa diri, cinta di hati terkubur lagi. 


3 minggu genap setahun
11.07.16 till 19.06.17
11 bulan 1 minggu
Sampai situ je
Takde jodoh
:)

Friday, 14 July 2017

SELAGI TAK GENAP SEBULAN, KITA RAYAAA!

Assalamualaikum. Bukak laptop, bukak blogger.com, bukak new post, tengah fikir nak mula dengan ayat apa ... paaaapppppp! Anak cicak jatuh atas laptop! Huwaaaaaaa. Sampai aku tergolek jatuh katil. Bongok ah cicak ni! Dengar weh bunyi dia jatuh. Kong ajoooo :"/ aku tak tahu dekat mana natang sekor tu sekarang. Biar lah dia. Haishh!

Hari ni jamuan raya lagiii. Sebab haritu guru kelas kiteorang, Puas Asiah takde dekat sekolah. Cikgu cakap, "Nak buat macam mana? Nasib saya kan? Asal ada program dekat sekolah je, mesti tak dapat join" Aloloo, maka classmate pun planlah beramai-ramai nak jamuan dengan cikgu. Ramai pulak buat potluck. Kalau aku tahu, aku tak beli kuih haritu sebab ramai yang busy settlekan air. Hmmm so dapat beli hari ni kan? Malu pulak. Sebab penuh 6 buah meja tu dengan makanan! Kek pisang je dah tiga bekas, rendang dah ada 4 jenis kot, nasi impit, pulut kuning, laksa, spagetti, kuih raya. And sumpah, SEMUA SEDAP! Terima kasih classmate :) 

Patutnya presentation Bab 5 Sejarah pagi tu tapi group 5 tak siapkan lagi kertas kerja so cikgu kata, "Nak makan, makanlah!" Haaa peluangggg! Hahaha. Terus susun kerusi meja. Makan dari kol 8 pagi sampai 10.50 =.=" melantak jenis apa pun aku tak tahu. Lepas rehat subjek Puan Asiah. Belajar satu bahagian je, yang Pija punya presentation. Lepastu pergi padang untuk tangkap senior page. Bergambarrr lagi. Dalam kelas bergambar jugak hahahaha. 

Besok cikgu Eko pulak buat open house. InsyaAllah datang. Makan lagiiii. Bergambar lagiii. Tak sedar diri betul. Padahal 5 hari lagi nak exam. Hampeh =.=" Takpe takpeee, besok last kita beraya! :)




Missing in Action : Prem dan Suren.
Tajuk pose : Menahan terik mentari sebelum sun-burn.
❤❤❤❤

Thursday, 13 July 2017

MELUAHKAN KETIDAKPUASAN HATI DEKAT FACEBOOK

Assalamualaikum. Tadi aku on FB lepastu hmmm nampak lagi post minah sorang ni. Aku tak tahu apa masalah dia doh. Dah lah update status sejam dua puloh kali! Lepastu setiap kali update, semua benda tak puas hati. Semua benda nak cari pasal. Aku update kat belog bukan sebab nak kutuk kau okay? Sebab kalau aku buat macam tu, takde beza aku dengan kau. Anyway thanks sebab selalu buat perangai macam tu, and now let me give my opinion okay? :) Terima benda ni as general. Bukan aku cakap kat kau sorang. Kalau terasa, lantak kau lah. Hahaha!

Time aku Form 2, aku aktif gila FB. Haa that time, segala rasa kecewa, sedih, happy, dendam, mengutuk kaw kaw semua aku bantai update =.=" Yelah tetiba addicted kan? Padahal dari darjah 6 dah wujud dah FB tu. Yang paling aku ingat sampai sekarang, aku update dekat dalam group yang kawan aku create. Dalam group tu just group kiteorang and crush-crush kiteorang sahaja. So dalam 8 orang macam tu lah kot rasanya. 

Aku tak tahu kenapa aku pergi meroyan kat page tu jugak. Siap cakap, "Thanks la buat aku kecewa! Dah biasa dah. Bagus sangat!" Lepastuuuu, crush aku boleh komen pulak. MasyaAllah! "Sape pulak yang buat kau kecewa ni? Habaq mai" Padahal dia yang buat aku kecewa. Sengal =.=" lepastu kawan-kawan aku pulak lagi sakai. Boleh pulak reply kau lah bongok! kau tak tahu dia sayang kau ke hah? Dia tunggu kau dah lama kot! Bla bla blaaa. Ee, geram je aku bebudak ni! 

Lepastu ada satu grup, tak silap aku "lepaskan geram korang kat sini" ke hape tah nama grup tu. Ha cun sangat dah tu nama grupnya. Ingat tak yang aku cerita aku kena maki dengan ustazah sampai kena baling kasut tu? Haa di situlah aku mencurahkan isi hati aku. Eh? Tetiba. Haha! Tapi serious aku tak ingat aku cakap apa tapi memang maki takde penapis punyalah. Aku siap mention nama cikgu tu kahkahkah padahal kat situ semua budak sekolah aku. Junior senior semua ah =.=" tapi sebab geram kannn, aku pedulik apa.

Masa tu hmmm aku kena bash teruk gila babeng. Hahahaha. Yang komen semua budak sekolah aku. Bebudak junior pulak tu. Siod, malu doh. Errr. Tapi aku dengan egonya boleh cakap "Eh diam la bebudak balaci sekalian. Kau dah tengok kan aku mention nama cikgu tu? So kalau rasa nak balat kat cikgu, haa pergi balat. Kau ingat aku heran ke? Korang tak kena boleh la aduduu" lebih kurang gitu lah. Masa tu menyampah gila dengan komen "tapi dia still cikgu kau kan? respect lah sikit" Memacam lagi ah. Aku ingat lagi muka dioarang hahahaha :) 

Tindakan aku tu memang salah pon. Aku tahu. Terima kasih pada anda yang menegur saya ye? Bila dah masuk 16 tahun, aku dah mula dah misi memadam segala status yang memalukan tu. Semua orang pernah rasa zaman kanak-kanak kan? Zaman tak matang. Sebabtu kalau ada salah kena tegur, tak kisahlah kita kenal orang tu ke tak, rapat ke tak, tapi sebagai manusia biasa kita perlukan nasihat dari orang sekeliling kita. Kita tak tahu apa kelemahan kita selagi orang tak cakap. Tapi pandai-pandailah bezakan orang yang nak nasihatkan kau atau yang nak jatuhkan semangat kau :)

Dunia FB ni ada baik, ada buruk. Sekarang ni bukan ada FB je, kita dah ada IG, WS, WC, SMULE apa bagai. Kalau orang nak cari salah kita, sekecik-kecik kuman pun dorang boleh carik! Memang kita tak boleh tutup mulut orang tapi kenapa kita sendiri yang nak malukan diri kita? Setiap masa update nak tunjuk sweet couple dengan hashtag till jannah. Bila pakwe or makwe kena rampas, haaaa update pulak status maki hamun. Bila orang viralkan baru tahu. 

Mak ayah sila pantau aktiviti anak-anak eh? Dari darjah 6 sampai dah 19 tahun ni still mak aku tahu password FB aku. Mak aku mintak, aku bagi je. Aku rasa bersyukur sangat sebab buat macam tu! Kalau tak, tak tahu lah aku terjebak dengan apa benda tah. Orang jahat ni selalu aim bebudak sekolah! Tu yang bahaya. Banyak jugaklah pengalaman aku ade, bila orang tanya umur berapa and cakap jeee 14, hambek! Segala soalan kat bilik tidur keluar! Gelii =.=" 

So gais, silalah berfikir sebelum bertindak okay. Jangan diikutkan sangat nafsu tu. Aku pernah buat salah. Korang pun ada buat salah. Tapi jangan repeat salah yang sama. Allah jaga aib kita kan? So please jangan kita pulak bukak aib sesama kita. Sebab setiap perbuatan ada pembalasan. Eloklah kita sebarkan benda yang boleh mendatangkan manfaat dekat orang lain. Walaupun belog aku ni tajuknya "this is how to be nonsense" hahahahahaha! Tapi asalkan aku tak mengumpat orang, sudah la en? Tapi kalau nampak aku buat salah, tegur je. InsyaAllah aku terima dengan hati terbuka ^.^















Aku block bersebab eh? Aku dah block hampir 700 penghuni FB. Haha so not a big deal keyh? Aku malas nak printscreen, lepastu letak kat paint, lepastu save, lepastu kena upload lagi. Aaaah leceh! Yang gambar last tu aku saje kasik tunjuk yang benda putih dalam kotak merah tu. Hahahaha banyak lagi kena scroll kalau nak screenshort satu-satu. Kalau ada nama korang terselit dekat situ, PM tepi eh. Eh lupa dah block! Kahkahkah. Okaybai.

CIKGU PALING LAJU. HAHAHAHA

Assalamualaikum. Semalam buka email lama, usha belog lama, viewers dah 1210. Padahal ada 22 post je. Hahahaha. And entry paling banyak views hmm pengalaman ambil test JPJ. Ada yang komen tapi sorry awak, kita baru reply semalam. Hmmm :) And last paragraph entry semalam tetiba aku emo kan? Haih pagi tadi terkantoi pulak crush aku tu dah ada GF! Baru nak happy :) Tapi takpelahhhh pergilah dikau wahai insan yang hanya mampu ku genggam pada mimpi semalam

Tadi Puan Zaimuni yang masuk (walaupun beliau dah bersara tapi tak boleh duduk diam. Bosan bosan tanam pucuk paku, lepastu mengajar dekat tuisyen. Hebat hebat) Masuk masuk kelas je dah suruh pasang Youtube lagu Sudirman yang Aku Penganggur tu. Sebab nak kaitkan dengan topik penganggur and upah =.=" Lepastu menyanyilah beramai-ramai hahahaha! 

Cikgu : Kalau orang Indonesia tidurkan anak diaorang macam mana?
Classmate : Hmmm.
Cikgu : Haa cepat cepat. Sapa tahu?
Classmate : Buai laju lajuuu. Sampai pokok senaaaa.
Cikgu : Oiii. Itu orang Melayu punya la. Indon, Indon!
Classmate : Mana tahuu :")
Cikgu : Alaa lagu bunuh belandaa, halau belandaaaa. Haa yang tu!
Clasmate : Hah?! Hahahahahaha. Apasal lagu tidurkan budak macam tu?
Cikgu : Belanda tu tahu? Jahat Belanda tu tau!
Classmate : Dan lahirlah seorang tokoh yang bijak sejarah. Hahahaha!
Cikgu : Kamu nanti nak nyanyi apa tidurkan anak?
Classmate : Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupuuu~
Cikgu : Saya dulu apa tau nyanyikan untuk anak saya?
Classmate : Apa diaa?
Cikgu : Subhanallah, Walhamdulillah, Walaila Ha Ilallah Wallahuakbar.
Classmate : Perrrhhhh. Deep deeepppp! :"))

Cikgu Zaimuni cikgu yang paling ce-re-gas sekali pernah ajar. Untuk aku lah. Garang pun beliau. Kelakar pun beliau. Sapa yang tido dalam kelas, kena cubit. Kalau mood beliau baik, memang kena urut sekuat-kuat hati lah dekat bahu. Ingat lagi doh. Hari ketiga sem satu aku kena cubit =.=" sebab tak boleh jawab soalan. Kawan aku ponnnn :P Lepastu nasi lemak beliau, perrrrhhh tiada tandingan! Sedap gilerrrr.

Semoga cikgu sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Semoga panjang umur. Terima kasih sebab ajar kiteorang. Maaf sebab ramai yang gagal Eko =.=" taktahu apa puncanya =.=" semoga ada rezeki untuk kita jumpa lagi :)



Kenangan tahun lepas (2016) Penuh dengan pahit manis ❤

Wednesday, 12 July 2017

HARI RAYA TERAKHIR DEKAT SEKOLAH :D

Assalamualaikum. Tahun ni adalah tahun terakhir aku sambut raya dekat sekolah. Sedih pulak rasa huhu :) Tapi nak buat macam mana kan? Kita perlukan suasana yang baru. Oh crush maafkan daku, tahun depan tak dapat jumpa! :")

Sebelum pergi sekolah pergi beli kuih dulu. Terserempak pulak dengan Qilah, Kinah and Dilla. Dorang pun plan nak beli kuih. Kinah beli karipap, aku beli donat and Fiza beli Keria. Seketul 0.50 sen. Beli RM 10 untuk setiap jenis, dapatlah 20 biji. Okeylah tu. 

Meriahnyaaaa tengok semuaaa pakai lawa-lawa! Yang lelaki semua segak kemain! Haih, ini macam clash 10 kali pun takpa. Eh? :P Dalam pukul 8 macam tu, dengar announcement pergi dewan. Sampai-sampai je, tu diaa lagu Raya by Jalil Hamid dah pasang sekuat-kuat hati. Alahaaaai, meriah gila weh. Bebudak pun dah start masuk dewan. Lepas PKHEM berucap, persembahan pulak. Mula-mula tarian kot rasanya. Lepastu persembahan multimedia. Then Cikgu Winie nyanyi dengan sorang budak India ni. Then pertunjukan 3 multimedia yang terbaik la kiranya. Tapiii memang semua best! Hahaha, thumbs up dekat bebudak arus perdana ^.^

Ha, Form 6 pun ada tayangan multimedia jugak. Dapat tempat kedua. Okeylah tu :) Alhamdulillah. Lepastu, keluar je dewan, haaa berbijik-bijik khemah kat depan. All the foods and drinks. Oh mai, gemuk lah macam ni. Hahahaha. Takpe, hari ni is cheated day. Okaybai =.="

Sambil ambil makanan dengar bebudak karaoke kat dalam dewan. Segala lagu Jampi by Azhael semua keluar. Tapi serious sedap suara dorang. Banyak gila okey kiteorang makan. Hema la pergi amik sebanyak-banyak tak. Errr. Makanan sedapp! :D

Lepastu dapat jumpa crush kejap. Handsome gila doh kau. Senyumanmu .. Dan suaramu .. Oh cukup buat saya melting! Balik tu Fiza, Fathin dengan Zira datang rumah. Dah plan dah nak raya rumah aku. Tapi konsepnya, makanan harus disediakan bersama-sama. Haha! Fiza goreng ayam dengan bawa kacang. Aku buat sup dengan sambal kicap. Zira bawa nasi impit. Fathin bawa diri kihkih. Haa ce teka kiteorang buat apa? Yeee pandai! Masak soto je. Hehee Fiza la mengidam apa bagai. Gambar raya dekat sekolah Fiza terpadam, so layan gambar raya kat rumah jelah eh? 



Dimulakan dengan gambar tuan rumah :)
Tetamu yang diundang. Haha!
Kesayanganku :)
Ramai-ramai. Nak balik dah waktu ni. Gambar makanan takde =.="
Bila dalam kepala otak pikir banyak pose, tu jadinya =.="
Siblings :"))
Semoga raya tahun depan kita berjumpa lagi :)
Hai orang belakang. Hehe :P
Tunggu orang meminang. Eh. Haha!
Fiza nampak macam menara condong =.="
Seronok gila bergaduh dengan minah pendek ni :)
Orang pertama yang rapat dengan aku :)
Gambar takde kaitan.
Kucing ni pun tetamu jugak :)



Alhamdulillah seronok la hari ni. But, aku rasa macam ada something missing. Tak tahu apa dia. Eh tetiba emo. Kau dah kenapa? Gila? Hmm. Tak boleh ke dalam hidup ni kita hepiii je. Perlu ke stress? Rasanya tak perlu. Nanti cepat mati. Haha. Tapi, esok dah mula stress balik. Haih. Lower Six exam besok, next week Upper Six pulak. Sumpah rasa nak pergi bercuti. Lambatnyaaaa setahun setengah! Nak release tension uolls :)

Tuesday, 11 July 2017

MENANGIS KERANA MALU

Assalamualaikum. Ceh! Tajuk macam apa je. Haih. Hari ni adalah hari yang sangat memalukan! Habis luput dah la perasaan sedih pasal entry semalam tu. Kalau aku tahu jadi begini .. biarlah daku pergi membawa diri. Ewah! Haha.

Tadi boleh pulak aku TERnangis depan cikgu? Padahal cikgu tegur baik gila kot. "Ye saya tahu cikgu nak tegur saya. Saya okay. Tapi saya malu" "Eh takpayah la nak malu. Kita belajar daripada kesilapan, kan? So lepasni jangan repeat lagi benda yang sama" Huhu. Aku sayang cikgu tu weh. 

Aku malu sebab cikgu tu ada anak. And anak dia kawan baik dengan adik aku. So, apa-apa mesti cikgu bagitahu dekat diaorang. Aku rasa macam aku tak jadi contoh yang baik pada adik-adik. I feel so bad. Sebabtu aku menangis! :( Tapi bila dah balik ni, malunya bila teringat siang tadi. Haih! Punya gigih aku tahan air mata aku ni. Bila cikgu sentuh je bahu aku, huwaaa terus melalak! Aku sensitif gila bab touching-touching ni. 

Bila nak duduk je, Athilah, Fiza dengan Zira dah tengok dah. Minah ni okay ke tidak? And first sekali dorang cakap, "Hidung kau merah weh!" Huhu. Lagipun aku rasa aku dah try the best dah, aku rasa apa yang aku buat tadi tu lah hasil terbaik yang aku bagi dekat cikgu, aku takde buat cincai-boncai. Memang sepenuh perhatianlah aku buat assignment kali ni. Tapi aku tak sangka macam tu punya banyak kesalahan yang aku buat! Dari first sentence sampai last paragraph! Haiihh.

Aku tahu cikgu tegur sebab sayang. Masa Form 1, aku pernah kena maki dengan cikgu Math aku. Cikgu tu baik je dengan aku sebelum ni. One day, ade lah grup cikgu-cikgu duduk dekat belakang nak tengok cara dia mengajar. Latihan sebelum ni JARANG gila aku buat salah. Nak jadikan cerita, haritu ada lah kesalahan KECIL aku TERBUAT. Sekaliiii, "awak ni berapa kali saya nak ajar, hah? Masih tak faham-faham jugak?!" Dia frust kot sebab mamat Cina sebelah aku tu asyik repeat salah yang sama je. Tapi kenapa aku yang jadi mangsa? Just because satu kesalahan, aku dimalukan depan 35 orang pelajar dan 6 orang guru? 

Masuk Form 2, aku pernah kena maki dengan ustazah kaw-kaw punya. Al-kisahnya sebelum tu aku belajar dengan cikgu lain. Tetiba, kena tukar masuk kelas dia. Aku tak tahu pulak kekdah dia lain dengan cikgu tu. Baru masuk en, still tercangak-cangak lagi. Dia pun takde cakap apa, budak kelas yang lain pun senyap je. So nak expect macam mana? One day dia panggil nama aku, bila sampai je dekat depan "Eh kamu ni bodoh eh? Kamu tahu tak makna bodoh tu apa? Kamu nak saya cakap berapa kali baru nak faham? Bab yang ni masuk dalam buku ni, bodoh!" Peerh berdas-das bodoh aku kena masa tu. Lepastu ustazah tu bukak kasut, paaaapp. Campak sebijik. Ya Allah, malu sangat :")

Tapi aku tak menangis pun bila kena macam tu. Yang kes Form 2 aku ternangis jugak la lepas habis kelas dia. Itu pun sebab marah! Rasa macam nak maki sampai langit ketujuh! Benganggg =.=" Ni dah Form 6 pun kena marah jugak, normal la kan? Tapi menangis depan cikgu dengan umur nak masuk 20 tahun depan?!! Serious lah Firaaaaaa. Aduhaiii =.=" aku menangis bukan sebab marah okay. Aku syukur cikgu masih tegur aku, means cikgu sayang aku, dia sendiri cakap "Buat yang terbaik untuk diri kamu, bukan untuk cikgu. Cikgu tegur sebab nak kamu improve" Nampak kan? Dia nak tengok aku berjaya :") 

Syukurlah Rabu dengan Khamis cikgu takde. Ade urusan luar. Hari Jumaat takde subjek tu. Sabtu Ahad cuti. Soooo ade lima hari untuk aku buang rasa malu ni dan berharap cikgu dah lupakan semua yang jadi hari ni. Aaahhh ! ><

Monday, 10 July 2017

MOVE ON AND LETTING GO

Assalamualaikum. Rindunya zaman kanak-kanak, kalau jatuh yang terluka cuma kaki dan tangan. Bila dah besar, effect jatuh tu luka sampai ke hati. Entry ni sebenarnya aku dedicated dekat kawan aku, Capital F. You know who you are. Babe, aku sayang kau weh. Aku tak sanggup nak tengok kau menangis for the same thing.

Dia dah tak sayang kau. Can You accept that? Belajar terima hakikat boleh tak? Terang-terang dia cakap dia dah tawar hati dengan kau. Dia layan kau macam rubbish okeh! Kau tanya dia baik-baik, dia kata kau serabutkan kepala hotak dia. Helloooo laki jenis apa tu? =.=

Masa belum dapat, hamboiii kemain manis lagi mulut! Bila dah dapat, dah bosan, kau buat dia macam tu. Eh mamat oii, kau ada kakak kan? Jangan fikarah tu tak kena kat kau tapi kena kat kakak kau sudah! Ye, memang kawan aku ada buat salah. Tapi apa hak kau nak balas dia dengan cara macam tu? Kalau tak suka, cakap nicely tak boleh? Perlu ke nak maki hamun macam tu? 

Spisies macam ni sebenarnya cuma berani dengan kaum wanita je. Bila dengan laki, confirm kecut telur! Nak tunjuk kau macho, gentle, depan perempuan jelah kau ade peluang kan? Cuba buat perangai taik kau tu dengan sama jantina kau, haa orang campak masuk lombong je. So, please. Takyah nak poyo keyh?

And wahai kawanku yang palingg manja, haha! Kuatkan lah hati tu. Aku tahu tak mudah. Sangat susah. Nak lagi kenal dari sekolah rendah kan? Tapi hati manusia ni kita tak boleh nak paksa-paksa. Jaga maruah kita sebagai perempuan weh. Aku kagum dengan kau. Ego kau sangat rendah. Selalu mintak maaf walaupun bukan salah kau. Kau concern pasal perasaan orang. Aku sendiri tak mampu nak jadi macam kau. So, orang sebaik kau layak dapat orang yang baik jugak okay? Layak dapat lelaki yang tak sesuka hati nak layan perempuan macam takde harga diri! So put some respect on yourself okay? Jangan biar orang pijak kau sesuka hati je. 

Mak ayah kau jaga kau dari kecik. Bila dah besar, kau bazirkan air mata kau tu untuk jantan macam tu. He don't deserve it okay? Tolonglah. Macam kau tahu aku sendiri pun rasa benda yang sama. ESOK, 11 haribulan sepatutnya dah SETAHUN aku dengan dia. Tapi? Allah dah takdirkan seminggu sebelum raya which is 19 haribulan aku putus. Aku terima hubungan kiteorang yang setakat 11 bulan 7 hari. Kau bayangkan? 3 minggu lagi nak cukup dah setahun. Tapi, apa guna aku tunggu saat tu kalau dia sendiri pun tak pernah nak ingat?

Move on bukannya senang. Perlukan masa dan kekuatan. Tapi apa pilihan yang kita ada? Takkan kita nak bunuh diri? Takkan kita nak salahkan takdir? Hidup ni jauh lagi perjalanan. So, banyak lagi jenis manusia yang kita akan jumpa. Anggaplah dia sebagai satu permulaan untuk kita bersedia dengan dugaan lain pada masa hadapan. Aku percaya kau kuat. Anything, I'm here for You. 

One of the hardest decisions you'll ever face in life is choosing whether to walk away or try harder. Cakap je dekat hati tu, boleh buat! Forget what it hurt You, but never forget what it thaught You. Belajar daripada pengalaman ni. Pengalaman ni guru yang paling berharga, okay sayang? Letting go is hard. Holding on is harder. Nak pertahankan satu relationship tu bapak punya susah. Tapi kalau dah macam ni punya gaya, takpayah nak pertahankan sangatlah ya? Sebab no reason to stay is a good reason to go. Don't waste your whole life TRYING to get back what WAS taken away. 

Sebenarnya aku tengah dalam proses pujuk hati aku jugak :) Jadi ni satu nasihat untuk diri aku sendirilah memandangkan besok adalah tarikh yang ... yeahh malas nak cakap. Haha. I took a deep breath and let it go :D

Sunday, 9 July 2017

PERTAHANKAN CINTA ATAU EGO?

Assalamualaikum. Pernah tak dalam hidup korang, korang suka dekat someone ni lamaaaaa gila. Kengkadang dah takde dah pun perasaan macam korang mula-mula fall in love dengan dia, tapi sebab korang rasa dah lama tunggu, so kalau nak kenal dengan orang baru, sangat membuang masa. Pernah?

Aku start suka-suka ni masa Darjah 4. Haha gatal gila. Tapi sebab aku takde kawan baik kot masa tu, so aku rasa bila dia selalu usik-usik semua, he make my day la gitu. And tak sangka dari suka tu dah jadi macam cinta pulak. Haha! Boleh pulak aku tunggu dia sampai habis sekolah. Sekarang ni dah setahun lebih tak jumpa, but aku still ingat dia. 

Yang peliknya, Form 2 dulu dia pernah minta couple tapi aku reject =.= nak ikutkan waktu tu nak masuk 5 tahun jugaklah aku simpan perasaan dekat dia. Dua kali dia mintak, dua kali aku reject. Padahal dah suka gila kat mamat tu. Hm sebab aku tak pandai nak bercouple-couple ni, tak reti nak berkasih sayang! Lagipun aku kenal sangat perangai dia masa tu. Keliling pinggang awek. So, aku takut. 

Dalam pada takut tapi still tunggu. Apa ke benda la minah ni, haha. Aku pun tak tahu yang aku tunggu tu sebab cinta atau sebab aku ego? Aku nak buktikan dekat dia aku bukan macam awek-awek dia sebelum ni. Aku sayang dia lebih dari awek dia yang sebelum ni. Tapi, valid ke benda tu kalau dah habis sekolah ni, dah tak jumpa setahun lebih, aku masih ingatkan dia, dan tak tipu .. aku masih doa dia jadi suami aku! Hahaha! Aje gila je aku ni =.= Ha, cinta la tu kan?

Ada satu hari tu, aku and kawan aku lepak dekat Landskap. Lepastu dari jauh dengar dia menyanyi. Kenal sangat suara dia. Tapi tak sangka pulak dia datang lepak sekali dengan kiteorang. "Rindulah nak masuk kelas" Masa tu dia busy gila dengan outdoor activity. "Kau tak rindu aku ke?" Dia tanya aku soalan tu! Oemji apa yang harus aku katakan? "Hm. Tak" "Tak baik tipu diri sendiri" Dush! Kena sebiji kat batang hidung aku. Kahkah. 

Banyak kenangan dengan dia ni. Dari sekolah rendah bawa ke sekolah menengah, makin menjadi-jadi perangai suka menyakat dia tu. And kenangan ni tak pernah hilang walaupun aku kenal dengan beberapa laki lagi lepas dia =.= He's the special one la kiranya. Last aku ternampak dia kat kedai mamak. Aku baru habis kelas, and tak sangka pulak dia kawan dengan abang jual nasi ayam kat kedai tu. Dia ni memang friendly, hehe.

That time dia sorang je belakangkan aku while abang nasi ayam and kawan dia sorang lagi tengah hadap arah aku. Tengah dorang gelak-gelak tu, tetiba senyap! Dah kenapa dedua tengok semacam ni? Bila member senyap, mamat ni pun pusinggg. Perrrrh, nak pengsan aku rasa sebab dah few months tak jumpa! Makin gantengg! Hahaha. Dia jerit nama aku, aku gelabah and aku lari. Bangang tak? Okay, bangang gila sebenarnya =.=

Apapun yang terjadi, Allah yang tahu isi hati aku. Dia tahu aku ikhlas ke tak. Aku cakap kau, masa sekolah rendah dulu SETIAP hari sebelum tidur aku akan doa dia jodoh aku. Ha, nak kata aku gatal la tu? Katalaaaaah. Tapi kita ni mampu merancang je kan? Allah yang akan menentukan semuanya. Maybe dia pun menyampah dengan perangai aku yang menggelabah tahap babun tersepit ni. Nak tau tak? Mak dia kan pernah ajar aku dulu, so maybe mak dia ingat sikit-sikitlah kot muka aku ni. One day masa aku lalu depan sekolah, macam biasa bagi salam semua, tetiba mak dia tanya "Awak ni kawan "dia" kan?" Hahahaha terus aku rasa cam, tak! saya bakal menantu mak cik! Kahkah XD

Friday, 7 July 2017

TAK PERLU BURUKKAN KEADAAN

Assalamualaikum. Akhirnya Jumaat tiba. Bermakna, esok cuti! :D Tapi tak jugak sebab kena pergi National Library. Banyak lagi bahan kena cari untuk assignment. So fullstop kejap eh. Taknak fikir pasal study kejap haha.

Okey, dalam hidup ni tak semua benda kita akan dapatkan? Keluarga kaya, duit tak habis tujuh keturunan, tapi miskin jiwa. Yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ada pulak anak yang selalu buat masalah, tapi ada jugak anak yang rajin. Mak proffessor, ayah Doktor tapi anak terlibat dengan drugs and sex. At last, hidup tamat sebagai seorang pesakit HIV/AIDS. Tapi takpe, mak ayah banyak duit. Pergi buat rawatan kat oversea :) Tapi sakit yang kena tanggung? Ada bayaran?

Macam ni lah. Aku rasa tak banyak, mesti akan ada sikit masalah dalam keluarga. Tapi tu bukan alasan untuk anak-anak terlibat dengan masalah. Mak ayah minum arak, anak-anak cakap belajar dari mak bapak. Mak ayah tak solat, anak cakap ikut perangai mak ayah. Pendek kata, semua benda negatif yang kau buat, kau cakap mak bapak kau yang ajar. Hai, akal kat mana eh?

Mak ayah hantar sekolah untuk apa? Kat sekolah belajar pasal agama kan? Then kenapa taknak praktikkan? Okayfine. Mak ayah kau memang salah sebab bagi contoh yang tak baik, tapi hidup ni pilihan okay? Kenapa kau nak memburukkan keadaan yang dah sememangnya buruk? Anak-anak boleh tak taat cakap mak ayah kalau mak ayah dia ajar benda yang terpesong dari agama. So, kalau mak ayah kau ajak, eh minumlah todi ni, eh malam ni tak pergi clubbing, eh kau dah kenapa tetiba nak solat? Buang tebiat? Kau boleh je cakap NO MA. NO PA. I WON'T DO THAT. INI BUKAN CARA HIDUP ISLAM. INI BUKAN APA YANG RASULULLAH AJAR PADA UMATNYA. DAN INI PERKARA YANG DIBENCI ALLAH SWT. Tapi tak, kau ikuttt jugak apa yang tak betul tu. So, masih salah mak ayah ke?

Aku macam cannot brain bila anak buat hal, puncanya sebab kepincangan dalam keluarga. Hmmm. Aku tak cakap kalau family aku perfect. Sebab family aku tak perfect lah, aku cakap. Manusia ni lain dari binatang, boleh fikir mana dosa mana halal. Tapi, bila dah buat salah and taknak mengaku diri sendiri yang silap, babitkan orang lain =.="

Ayah aku masuk penjara atas kes rasuah. Kakak aku masuk pusat atas kes dadah. Ayah tiri aku asal solat berjemaah, mesti keluar dari rumah sebab taknak imamkan kiteorang. Eh, banyak lagilah. Tapi masalah ni semua tak datangkan kudis pun dalam hidup aku. Sedih? Tipu kalau cakap tak. Tapi, aku tak amik benda ni untuk buat jiwa aku memberontak. Ayah aku tinggalkan aku masa aku umur 3 tahun. Masa kiteorang kecil dulu, tempat main kiteorang hanya BAWAH singki sahaja. Sebab ayah aku tak suka suasana bising. Even masa aku baby, kerja aku asyik melakak je. Ayah aku sampai sanggup nak jual aku atas sebab aku ni menyusahkan dan buat semak. Ayah tiri aku, pernah panggil aku and adik anak monyet, perangai macam beruk sebab memekak dalam kereta. Padahal we are only 5 years old. Dan bising kiteorang bukan sampai kereta bergoyang pun, tak kacau pun ayah kiteorang drive tapi yelah anak monyetkan? :)

Boleh je kalau aku nak memberontak. Boleh je kalau aku nak marah dorang sebab dorang tak sayang aku. Tapi aku tak pandang hidup ni singkat. Hidup ni jauhhhh lagi. Banyak lagi benda yang aku kena tempuh. Allah tahu aku kuat, jadi Dia uji aku waktu aku masih sekecil tu. Macam kakak aku, dia tersalah pilih jalan. Tapi sekarang Alhamdulillah dia dah berubah. Dah balik ke pangkuan kiteorang. Abang aku, dia sama-sama hadap perangai bapak aku dengan kakak aku. Since Form 2, kakak aku terlibat dengan drugs. Tapi dia tak jadikan benda ni untuk dia rosakkan hidup dia. So, dia anggap benda ni semua kekuatan supaya dia tak jadi macam kakak aku, macam ayah aku. Masa sekolah banyak kali dapat Anugerah Cemerlang, jadi ketua bacaan Yaasiin sampai kawan-kawan panggil dia Ustaz, habis sekolah siap dapat Anugerah Pengetua. And sekarang, dah kerja dah pun. Dah ada pendapatan sendiri. 

Janganlah amik benda yang negatif sebagai matlamat hidup kita. Jangan diikutkan sangat hasutan syaitan tu. Memang susah nak tepis godaan tu semua. Everyday kita nampak situation yang sama. Sampai kita rasa macam, eh sedap ke air kencing setan tu? Apa rasa pergi clubbing? Apa rasa buat sex bebas? So kita try, try and try. Lama-lama jadi ketagih. Sapa yang menyesal? 

Mak ayah kita dah buat silap dalam hidup dorang. Kita ni waris, jangan warisi perangai dorang yang tak baik. Iman dari seorang ayah pun tak dapat passing kat kita sesuka hati, sama lah macam habit yang tak baik tu. So sendiri ada akal, sendiri fikir. Nak hidup ni kena bijak, kalau tak nanti kena pijak. Mak ayah kita meninggal nanti, kita ni yang akan doakan. Nak harap sape lagi? Ubahlah keadaan tu menjadi lebih baik. Kalau tak dapat ubah, jangan burukkan lagi keadaan dengan terlibat benda yang sama. 

Thursday, 6 July 2017

IT'S ALL ABOUT ATTITUDE

Assalamualaikum. Kalau orang kaya, boleh sangat kalau dia nak sombong. Sebab apa? Sebab dia kaya. Dia boleh beli apa sahaja termasuk beli orang =.= Kalau orang dah cantik, dapat pulak award Miss Universe, nak megah dengan kecantikan dia? Boleh sangat. Sebab dia dah dapat award tu. Kalau dia pandai, and setiap kali exam nama dia je naik kat mulut cikgu sebagai pelajar contoh. Dia nak kedekut ilmu? Boleh sangat. Sebab tu ilmu dia, dia yang struggle belajar. Nak maki dia? Boleh sangat. Tapi apa manfaat dekat kita? 

Kaya tak boleh bawa masuk syurga? Kalau duit banyak labur pada jalan yang negatif, Nerakalah perginya. Kalau labur pada benda yang positif, Syurgalah tempatnya. What can say? Islam sendiri menuntut kita mengejar kekayaan. Cantik? Semua orang suka benda yang cantik. Tapi nak risau apa? Dia dapat Miss Universe sekalipun, kita yang biasa-biasa ni still cantik just the way we are. Pandai? Eh nak pandai, belajarlah. Mana ada ilmu datang bergolek. Dia nak kedekut ilmu or what sekalipun, itu urusan dia dengan Allah. Bukan takde orang pandai selain dari dia. Yang kau tanya dia jugak tu dah kenapa? Sendiri sakit hati.

So, tak payah nak stress sangatlah dengan perangai manusia. Tak best jugak dunia ni kalau semua perangai sama dengan kita. Kengkadang dengan diri sendiri pun rasa nak bertumbuk, adaa je rasa tak puas hati. Tah hape-hape =.= Tapi kan yang aku menyampahnya, kalau dah miskin tapi nak berlagak kaya. Kalau dia sendiri hodoh, ada hati nak ejek orang lain hodoh jugak. Kalau dah bodoh, tapi suka berlagak pandai. Ni sakai gila okay?

Ya, kau cantik. Semua orang sukakan kau. Nak bangga? Ha sila-sila. Memang ujian Allah untuk kau pun benda tu. Heh, tipisnya iman. Kahkah. Dengan kecantikan kau tu, orang selalu akan bagi kau ke depan dulu. Yang muka macam aku ni? Ha stok duduk belakang tabir jelah. Pepandai bawak diri. Memang kau boleh buat tapi sayang, kelebihan kau hanya ikut skrip semata-mata. Sayangkan? Bila individual viva, menggagau carik ayat. Till cikgu pun, ok dah. duduk. Ha silakan duduk. Biar muka macam aku ni ada peluang untuk ke depan. Kehkeh :)

Oh ada satu lagi jenis manusia. "Muka aku naik jerawatlah" So, nak cakap selama ni muka dia flawless. Motif? Semua orang nampak kot. Tak perlu mention. Melainkan kau ni jenis attention seeker sebab kurang kasih sayang. Motif kau apa kalau cakap pasal jerawat depan orang yang berjerawat? EVERYDAY kau mention benda yang sama. So bored. Hidup kau kan sebenarnya sangat menyedihkan. Sunyi. Sebab tu kau perangai macam tu. Takpe, walaupun muka aku jerawat tapi aku kaya hati, kaya budi so setakat nak sumbang secebis kasih sayang kat kau tu, aku tak akan jatuh miskin. Tapi mohon sedar diri ya? Kuruskan badan awak tu dulu. Muka pass tapi gemok? Masih ada kelemahan lagi tu :) Ohhh ya, pesan dekat balaci awak tu benda yang sama tapi tambah lagi satu. Sila cari krim pencerah muka, eh? Susah nak beza anak Melayu ke anak mami ni. Haha okaybai.

Nak kata aku kwaja ke? Aku biadap bila kau biadap dengan aku. So jangan paksa aku untuk jadi biadap. Sebab biadap aku adalah sangat-sangat biadap. Sekian, terima kasih. Yang takde kena mengena dengan hidup aku tu, takpayah nak terasa lebih pasal isu gemuk dan hitam tu. Aku hanya merujuk pada orang yang berperangai macam kat atas. So, kalau kau tak buat benda yang annoying macam tu, takpayah nak sentap. Deal? Okay dah. Nak sambung buat assignment. Bai.

Wednesday, 5 July 2017

DISTANCE MEANS SO LITTLE

Assalamualaikum. Masa aku tengok Perfect Match yang setiap hari Ahad tu, kebanyakan yang clash mesti sebab long distance relationship. To make it short and sweet, panggil LDR jelah. Aku pun ada pengalaman sikit lah pasal LDR ni but not too serious. Conclusionnya, break off jugak =.= 

Kenapa eh mesti jadi macam tu? Aku rasa jarak bukan alasan yang kukuh. Yang masalahnya, attitude masing-masing. Dah kalau jenis melayan ke tak reti jaga hati ke baran ke, tak kisahlah dekat atau jauh dengan pasangan, akan ada jugak bad thing happened.

Bukannya tak boleh nak bercinta jarak jauh, tapi kena lah jugak selalu contact. Ya, faham. Masing-masing busy. Tapi semua orang busy kot? Pasangan kau pun busy jugak but boleh je nak contact kau. Nak harapkan kau? Heh, sampai kiamat kot phone tak bunyi. Bila dah jumpa, buatlah suprise or something yang boleh mengujakan dia. At least pasangan kau tahu, oh dia masih sweet. Kalau kau tak sweet pon, tak ninggal weh kalau sweet sekali-sekala. Untuk relationship engkorang jugak.

Hubungan jarak jauh ni memang tak boleh deny lah yang kepercayaan akan jadi semakin tipis dan kesetiaan semakin susah nak jaga. Kalau dah tiap-tiap hari tengok muka yang sama, besar harapanlah nak beralih hati kan? Sebab tu aku cakap. Ni semua pasal perangai masing-masing. Kalau bosan tu, tak reti-reti ke nak bawak berkawan dengan sama jantina kau je? Tak boleh? Lepastu buat hobby sesama dengan kawan baik kau, at the end hilang gak bosan kau tu.

Ya tahu, lain kan perasaan bila dengan kawan dan kesayangan. But pleaselah, untuk sementara waktu je kot. Together forever never apart. Maybe in distance, but never at heart. Ni lah masa paling sesuai untuk buktikan dekat pasangan kau, macam mana kau sayangkan dia, macam mana kau pegang teguh dengan janji kau, dan macam mana kau berkorban untuk dia. Dia konfem leleh punya! Bila dah macam tu, korang memang perfect couple but not in the perfect situation. Tapi, sabarlah. One day mesti korang akan bersama jugak. 

Someone asked me on how long are we going to be together. I just keep quiet. You know why? Because I don't know which is longer either is it always or forever. Mudah je gais. Formulanya is LOVE > DISTANCE. And La Hawla Wala Quwwata Illa Billah. Maksudnya, tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah SWT. Cinta jarak jauh ni memang banyak kena berkorban, duit akan lebih banyak keluar if keep calling, nak jumpa selalu pun akan amik masa dan tenaga, so yang ada? Doa. Doa supaya lebih kuat dan rindu akan terubat.

Cinta jarak jauh ni boleh elakkan kau dari buat maksiat dengan pasangan kau. Tapi, jangan pulak bila dah jauh, kau pergi buat maksiat dengan orang yang dekat dengan kau kat sana. Cinta jarak jauh ni jugak hanya untuk orang yang kuat je boleh pertahankan. Tapi, kalau dah berkorban segala macam and still macam tu jugak, percaya pada takdir. Kita Islam, ada qada' dan qadar. Doa + Usaha + Tawakal.

INI BELOG YANG TIADA FAEDAH

Assalamualaikum. Belog ni hanya untuk mereka yang sukakan bacaan yang merepek sahaja. Kalau nak berilimiah, say babai to this belog. Because of what? Aku tulis apa yang aku nak tulis. Dan bukannya, apa yang orang nak baca. So if kau rasa ada benda nak cakap and not related at all dengan entry aku, make your own entry. Kalau ada orang atas 19 tahun baca belog ni, sorry sebab aku lebih selesa gunakan aku dan kau. Okaybai.