Friday, 7 July 2017

TAK PERLU BURUKKAN KEADAAN

Assalamualaikum. Akhirnya Jumaat tiba. Bermakna, esok cuti! :D Tapi tak jugak sebab kena pergi National Library. Banyak lagi bahan kena cari untuk assignment. So fullstop kejap eh. Taknak fikir pasal study kejap haha.

Okey, dalam hidup ni tak semua benda kita akan dapatkan? Keluarga kaya, duit tak habis tujuh keturunan, tapi miskin jiwa. Yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ada pulak anak yang selalu buat masalah, tapi ada jugak anak yang rajin. Mak proffessor, ayah Doktor tapi anak terlibat dengan drugs and sex. At last, hidup tamat sebagai seorang pesakit HIV/AIDS. Tapi takpe, mak ayah banyak duit. Pergi buat rawatan kat oversea :) Tapi sakit yang kena tanggung? Ada bayaran?

Macam ni lah. Aku rasa tak banyak, mesti akan ada sikit masalah dalam keluarga. Tapi tu bukan alasan untuk anak-anak terlibat dengan masalah. Mak ayah minum arak, anak-anak cakap belajar dari mak bapak. Mak ayah tak solat, anak cakap ikut perangai mak ayah. Pendek kata, semua benda negatif yang kau buat, kau cakap mak bapak kau yang ajar. Hai, akal kat mana eh?

Mak ayah hantar sekolah untuk apa? Kat sekolah belajar pasal agama kan? Then kenapa taknak praktikkan? Okayfine. Mak ayah kau memang salah sebab bagi contoh yang tak baik, tapi hidup ni pilihan okay? Kenapa kau nak memburukkan keadaan yang dah sememangnya buruk? Anak-anak boleh tak taat cakap mak ayah kalau mak ayah dia ajar benda yang terpesong dari agama. So, kalau mak ayah kau ajak, eh minumlah todi ni, eh malam ni tak pergi clubbing, eh kau dah kenapa tetiba nak solat? Buang tebiat? Kau boleh je cakap NO MA. NO PA. I WON'T DO THAT. INI BUKAN CARA HIDUP ISLAM. INI BUKAN APA YANG RASULULLAH AJAR PADA UMATNYA. DAN INI PERKARA YANG DIBENCI ALLAH SWT. Tapi tak, kau ikuttt jugak apa yang tak betul tu. So, masih salah mak ayah ke?

Aku macam cannot brain bila anak buat hal, puncanya sebab kepincangan dalam keluarga. Hmmm. Aku tak cakap kalau family aku perfect. Sebab family aku tak perfect lah, aku cakap. Manusia ni lain dari binatang, boleh fikir mana dosa mana halal. Tapi, bila dah buat salah and taknak mengaku diri sendiri yang silap, babitkan orang lain =.="

Ayah aku masuk penjara atas kes rasuah. Kakak aku masuk pusat atas kes dadah. Ayah tiri aku asal solat berjemaah, mesti keluar dari rumah sebab taknak imamkan kiteorang. Eh, banyak lagilah. Tapi masalah ni semua tak datangkan kudis pun dalam hidup aku. Sedih? Tipu kalau cakap tak. Tapi, aku tak amik benda ni untuk buat jiwa aku memberontak. Ayah aku tinggalkan aku masa aku umur 3 tahun. Masa kiteorang kecil dulu, tempat main kiteorang hanya BAWAH singki sahaja. Sebab ayah aku tak suka suasana bising. Even masa aku baby, kerja aku asyik melakak je. Ayah aku sampai sanggup nak jual aku atas sebab aku ni menyusahkan dan buat semak. Ayah tiri aku, pernah panggil aku and adik anak monyet, perangai macam beruk sebab memekak dalam kereta. Padahal we are only 5 years old. Dan bising kiteorang bukan sampai kereta bergoyang pun, tak kacau pun ayah kiteorang drive tapi yelah anak monyetkan? :)

Boleh je kalau aku nak memberontak. Boleh je kalau aku nak marah dorang sebab dorang tak sayang aku. Tapi aku tak pandang hidup ni singkat. Hidup ni jauhhhh lagi. Banyak lagi benda yang aku kena tempuh. Allah tahu aku kuat, jadi Dia uji aku waktu aku masih sekecil tu. Macam kakak aku, dia tersalah pilih jalan. Tapi sekarang Alhamdulillah dia dah berubah. Dah balik ke pangkuan kiteorang. Abang aku, dia sama-sama hadap perangai bapak aku dengan kakak aku. Since Form 2, kakak aku terlibat dengan drugs. Tapi dia tak jadikan benda ni untuk dia rosakkan hidup dia. So, dia anggap benda ni semua kekuatan supaya dia tak jadi macam kakak aku, macam ayah aku. Masa sekolah banyak kali dapat Anugerah Cemerlang, jadi ketua bacaan Yaasiin sampai kawan-kawan panggil dia Ustaz, habis sekolah siap dapat Anugerah Pengetua. And sekarang, dah kerja dah pun. Dah ada pendapatan sendiri. 

Janganlah amik benda yang negatif sebagai matlamat hidup kita. Jangan diikutkan sangat hasutan syaitan tu. Memang susah nak tepis godaan tu semua. Everyday kita nampak situation yang sama. Sampai kita rasa macam, eh sedap ke air kencing setan tu? Apa rasa pergi clubbing? Apa rasa buat sex bebas? So kita try, try and try. Lama-lama jadi ketagih. Sapa yang menyesal? 

Mak ayah kita dah buat silap dalam hidup dorang. Kita ni waris, jangan warisi perangai dorang yang tak baik. Iman dari seorang ayah pun tak dapat passing kat kita sesuka hati, sama lah macam habit yang tak baik tu. So sendiri ada akal, sendiri fikir. Nak hidup ni kena bijak, kalau tak nanti kena pijak. Mak ayah kita meninggal nanti, kita ni yang akan doakan. Nak harap sape lagi? Ubahlah keadaan tu menjadi lebih baik. Kalau tak dapat ubah, jangan burukkan lagi keadaan dengan terlibat benda yang sama. 

No comments:

Post a Comment