Assalamualaikum. Tajuk tu ada nada riak sikit hahaha padahal baru habis ujian je, bukan final pun =.=" tak faham kenapa nak riak dan takbur sangat? HAHA biarkan aku happy kejap boleh tak? Ciss. Hari Isnin je aku datang sekolah. Manaaa lah tau last last minute tu cikgu nak bagi spot soalan keee, kan? Tapi hampeh. Apapun takde :") So hari Selasa dengan Rabu aku tak datang. Kahkahkah. Haaa dua hari ponteng kelas ni laaa masa aku belajar balik. Sumpah dooo. Ni baru first time aku bukak buku sepanjang sem ni. Pesen suka study last minute. Hakhak :)
Semalam exam Pengajian Am dengan Sejarah. Soalan ABC okay boleh jawab. Tapi dalam 15 soalan tu ada 5 tak yakin =.=" Dia punya graf Alhamdulillah konfiden jugaklah. Dia punya eseiii astagaaaaa. Sebelum exam tengok jadual, fhewww lega sebab dua jam! Bila bukak kertas exam tu baru aku tahu kena buat dua buah esei! Dua jenis esei, 700 patah perkataan! Astagaa patutlah dua jam. Okay tak jadi lega =.=" Pengajian Am last sem ni pulak memang tak lari pasal isu luar negara la, pasal ASEAN la. Since arus perdana aku memang tak kesah langsung pasal ASEAN ni ghupenyaaa benda yang kita benci tu la yang kita kena hadap untuk 6 bulan ni! Hukhukhuk. Tapi seronok la belajar pasal ASEAN, serious best! :) Yang tak bestnya bila kau nak buat esei and kau takde pengetahuan am. Haaa yang tu sumpah tak leh blah. Kau rasa nak renyuk kertas pastu tidur je.
Sejarah pulak memang takde la ABC kuantitatif apa bagai. Memang esei semata-mata. Kena jawab 4 soalan. 2 soalan pasal isu dalam negara. 2 lagi pasal isu luar negara. Astaghfirullah (T_T) Tapi Alhamdulillah disebabkan baru ujian setara kennn, so keluar pasal dalam Malaysia jelah! Tak habis kaver satu buku lagi hikhik. Macam mana? Boleh jawab ke idok? Hmmm pasal ekonomi sara diri tu, okay. Pasal Adat Perpatih Adat Temenggung pun okay. Pasal kedudukan raja dan peranannya pun, okay. So dah okay tiga soklan. Yang tak okaynya pasal ekonomi komersial. Memang rasa nak tinggal komer and tinggal 4 patah kat belakang je. Haishhh! Sebelum exam memang aku skip benda tu sebab aku fokus dekat sara diri. Siap cakap kat member aaa punya taknak jawab. Bukak je kertas exam nampak soklan tu dulu. Rasa nak caruttt je tapi ku tahan jebat, ku tahan (T_T)
Hari ni pulak exam maut! Eh bukan pasal soalan sakaratul maut. Tapi KILLER PAPER! Sape yang rapat dengan aku tau lah aku punya kelemahan dalam Ekonomi. Hari ni exam tuuuuu dengan Bahasa Melayu. Sape masuk Form 6? Haaa dia tahu lah BM tu macam mana topiknya. Sem 1 senang. Sem tiga ni pun boleh tahan senang la. InsyaAllah lagi dua bab, done! Tapi sem dua, hmmmm susah :") kenapa ni? Nak buat orang mental eh? Tak baik wak :") Exam BM tadi adudu banyak pulak keluar pasal bahasa slanga. Siap mintak contoh tak lebih 30 hingga 40 words. "Lu punya sembang bikin bimbang. Lu jangan sampai gua angkat gua punya ayahanda kasik tetak sama lu. Lu bikin gua panasss je!" Okaybai. Harap-harap cikgu tak baca jawapan aku tu. Aduh samdol, mestilaaa cikgu baca gile! =.=" Lepastu yang bahagian bahasa kasar tu dah cun cun dah buat "Kau dah kenapa?" Lepastu rasa macam tak kasar jeee, terus cancel and tulis "Bodohlah kau" Hakhakhak lariiiiii takutttt cikgu baca (T_T)
Okay last sekali E-ko-no-mi. Aku ni dari sem 1 sampai dah last semester dah! Asal Ekonomi je buat hal. Aku tak tahulah apa masalahnya. Haih. Tapi soklan tadi boleh tahan laa. Kau bayangkan sejam je nak buat 5 esei dengan soalan kuantitatif?!! Tapi ehem ehem, 25 minit je baai aku siap. Hihi :) Betul ke tak, tak tahu. Aku dah buat yang terbaik dah. Apa yang aku baca, sebijik aku letak dekat jawapan. Kalau tak kena jawapan dengan soklan, okay bai bai! Majok =.="
Okay lepasni fokus nak buat assignment pulak! Sekarang dah 21. 30 dah dateline. Satu muka surat pun aku tak buat lagi. Astaghfirullah. Besok rasa macam nak tengok wayang :/ Tapi tahan jebat tahannnn. HAHAHA. Okaylah gerak dulu. Rindu sama belog dah terlerai heheee ~.~
No comments:
Post a Comment