Assalamualaikum. Petang tadi keluar kejap g IOI dengan adik. Nak beli buku. HAHA hampeh gila kan? 4 hari lagi nak exam, buku pun takde. Nampak sangat tak belajar =.='
Masuk je adik dah cakap "Asal dorang berkumpul?" Aku cakap "Biarlah. Jom jom" Malas nak layan hahahaha. Tiba-tibaaaa, aku dengar suara Kak Sherry Al Hadad! Oh dem nyesal pulak berambus gitu je. Dah masuk kedai buku, haduuu dengar suara Ismail Izzani pulak! Yang nyanyi lagu Sabar tu. Aku tak suka lagu tu tapi penyanyi diaaaaaaaaa, sumpah comel! :D
Masa tu tengah fikir, selain Eko nak amik buku apa eh? Bila dengar je mamat comel tu nyanyi aku terus cakap kat adik, "Okay dah. Nak ni je. Jom balik" Yang benornya, nak tengok kat orang kerumun-kerumun tu ha. HAHA. Bila turun jeee, dari jauh dah nampak Kak Sherry!
Ya Allah sumpah cantik wehh. Mana ade besar sangat pun badan dia bila tengok live. Serioussss lawa :) Tak tipu! Bila dekat sikit, haa tu dia! Tu dia! Tu dia! Ismail Izzaniiiiii. Ya Allah muka dia astagaaaa comel tahap rasa nak nyorok kat dalam almari! Takut orang curik! Hahahaha. Lepastu entah, technical problem kot, hmmmm pusing balik je dia dah takde. Kan betul orang curik :( haha! Tak la dia pergi rehat kot. Ke aku tak perasan tah, sebab kecil je orangnya :)
Tengok je balik dekat pentas, ade Irfan Haris dengan Hefny Sahad pulak! MasyaAllah terus aku lupa entry aku yang sesedih sebelum ni kahkahkah! Irfan memang comel yang amat! Hefny pulak perhh hensem gile. Haa sila sebarkan lagu Irfan yang terbaru tu eh, Pesan by Irfan Haris. Aku rasa macam aku baru cakap aku suka lagu yang lama-lama, tetiba jumpa artis baru pulak hahahahahaha. Kalaulah aku cakap aku nak jumpa Tajul, Haqiem Rusli, Projektor Band ke .. kan bagus! Alang-alang TERJUMPA jugak hehehe :P
Crush lama aku dah ada GF kan? So crush baru aku Ismail Izzani hahahahaha. Sorry awak kita tak minat lagu awak tapi awak cute :P tapi tetiba aku rasa macam best pulak lagu Sabar tu. Nak pulak tang korus dia, jangan menangis sayangku hahahahaha okey tak nangis =.=" dua tiga ketul entry aku sebelum ni nak emo je kan? Aku pun tak paham.
Okay dah takpayah nak mengarut eh. Errr =.=" Cuba korang bagi aku idea untuk isi soalan berikut :
Soalan Pertama
Sumbangan Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa amat besar. Akan tetapi, Malaysia juga berdepan dengan masalah-masalah dalaman. Jelaskan.
Soalan Kedua
Kerjasama Malaysia dengan negara-negara ASEAN lain dapat menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara. Bincangkan usaha-usaha yang dapat membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Soalan Ketiga
Kerjasama dengan negara luar telah membolehkan Malaysia mengaplikasikan sains dan teknologi untuk pembangunan negara. Bincangkan.
Pengajian Am sem tiga ni memang semuanya berkaitan ASEAN. Pasal Dasar Luar Malaysia apa bagai. So nak atau tak, kena fikir luar kotak lah kot. Tapi kenapa aku masih fikir pasal Ismail Izzani? Dem jatuh cinta pandang pertama kot hahahaha ❤
No comments:
Post a Comment