Assalamualaikum. Semalam lepas update pasal raya tu, aku rasa macam sesuatu yang sedih. Yang haritu ingatkan dapat tahu crush dah ada GF je, rupanya petang tu mama cakap "Kakak, nenek tenat" Allahu. Sama macam dulu, nangis tiba-tiba and tak lama kendian, "Kakak, atuk dah meninggal" :") Lepastu semalam rasa sedih jugak. Rupanya sebab nak gi beraya tu tak jadi. Malas nak cerita kenapa. Sakit hati! =.="
Dulu aku tengah bosan aku saje tulis "Missyou" and send dekat crush aku. Masa tuuu kredit aku 2 sen je baii! So aku tak expect msg tu sampai dekat dia. Tiba-tiba dia suruh call. Ah sudah =.="
Kelmari aku buat ws. Sebelum ni dah buang dah, HAHA! Tapi still buta IT jugak =.=" Aku teringat ex aku baru buat ws. Tapi aku tak tahu macam mana nak cari contact dia. Lepastu aku belek-belek sekali tercall! Apa benda dooohhhh. Seminit .. dua minit .. Dia ws! "Assalamualaikum" Terus aku off phone. Lepastu nak hantuk kepala kat dinding. Tapi ku tahan. Tahannnn! Bila on ws, aku balas jugak salam dia. Sakai kan aku :)
Aku ingatkan ada peluang untuk berbaik. Tapi aku silap. Memang takde peluang dah. Pergilahh .. Mungkin tu lebih baik untuk aku, lebih bahagia untuk kau. Maaf sebab tercall. Ye, aku cari sebab aku rindu tapi aku faham .. Aku faham apa yang kau nak. Dulu bila dengar lagu Ezad dan Eva : Dua Insan ni selaluuu senyum sorang-sorang. Sebab aku nak kita jadi macam tu. Jauh ke dekat ke, kita ingat each other. Susah payah tanggung sama-sama. Dugaan apa sekalipun yang datang, kita tempuh sampai settle. Tapi sayang .. Impian semalam je :)
Lagu pertama yang bila aku dengar aku akan terusss ingat kat kau! :) Shireen Sungar dan Teuku Wishnu : Cinta Kita. Kenapa? Haa ce kau dengar lirik dia. Kalau kau rasa apa aku rasa, baguslah. Kalau tak rasa jugak, diam jelah. Takyah tanya apa-apa kat aku.
Memandangkan impian aku tu dah hancur lebur, tolong dengar 3 lagu ni pulak eh? Sorrylah aku memang minat lagu lama berbanding lagi zaman sekarang, haha.
Francissca Peter : Sekadar di Pinggiran. Hati sedih. Hati pedih. Mengenangkan keindahan bersamamu. Tidak ku sampai ke puncak sana. Apalah daya, bertahan cuma di pinggiran yang memilukan.
Zaiton Sameon : Menaruh Harapan. Dulu aku sendiri, kini masih sendiri hadapi hidup ini. Susah senang diriku, tak bertempat mengadu seperti burung kepatahan sayap. Di hati kecil, ku menaruh harapan.
Aishah : Janji Manismu. Hati membeku mengingatkan kata janji manismu. Ku dilambung angan-angan. Belaian kasih sayang suci darimu. Oh kejamnya. Lidah tidak bertulang, ucapan cinta menghirs kalbu. Ku kan pergi membawa diri, cinta di hati terkubur lagi.
3 minggu genap setahun
11.07.16 till 19.06.17
11 bulan 1 minggu
Sampai situ je
Takde jodoh
:)
No comments:
Post a Comment