Tuesday, 11 July 2017

MENANGIS KERANA MALU

Assalamualaikum. Ceh! Tajuk macam apa je. Haih. Hari ni adalah hari yang sangat memalukan! Habis luput dah la perasaan sedih pasal entry semalam tu. Kalau aku tahu jadi begini .. biarlah daku pergi membawa diri. Ewah! Haha.

Tadi boleh pulak aku TERnangis depan cikgu? Padahal cikgu tegur baik gila kot. "Ye saya tahu cikgu nak tegur saya. Saya okay. Tapi saya malu" "Eh takpayah la nak malu. Kita belajar daripada kesilapan, kan? So lepasni jangan repeat lagi benda yang sama" Huhu. Aku sayang cikgu tu weh. 

Aku malu sebab cikgu tu ada anak. And anak dia kawan baik dengan adik aku. So, apa-apa mesti cikgu bagitahu dekat diaorang. Aku rasa macam aku tak jadi contoh yang baik pada adik-adik. I feel so bad. Sebabtu aku menangis! :( Tapi bila dah balik ni, malunya bila teringat siang tadi. Haih! Punya gigih aku tahan air mata aku ni. Bila cikgu sentuh je bahu aku, huwaaa terus melalak! Aku sensitif gila bab touching-touching ni. 

Bila nak duduk je, Athilah, Fiza dengan Zira dah tengok dah. Minah ni okay ke tidak? And first sekali dorang cakap, "Hidung kau merah weh!" Huhu. Lagipun aku rasa aku dah try the best dah, aku rasa apa yang aku buat tadi tu lah hasil terbaik yang aku bagi dekat cikgu, aku takde buat cincai-boncai. Memang sepenuh perhatianlah aku buat assignment kali ni. Tapi aku tak sangka macam tu punya banyak kesalahan yang aku buat! Dari first sentence sampai last paragraph! Haiihh.

Aku tahu cikgu tegur sebab sayang. Masa Form 1, aku pernah kena maki dengan cikgu Math aku. Cikgu tu baik je dengan aku sebelum ni. One day, ade lah grup cikgu-cikgu duduk dekat belakang nak tengok cara dia mengajar. Latihan sebelum ni JARANG gila aku buat salah. Nak jadikan cerita, haritu ada lah kesalahan KECIL aku TERBUAT. Sekaliiii, "awak ni berapa kali saya nak ajar, hah? Masih tak faham-faham jugak?!" Dia frust kot sebab mamat Cina sebelah aku tu asyik repeat salah yang sama je. Tapi kenapa aku yang jadi mangsa? Just because satu kesalahan, aku dimalukan depan 35 orang pelajar dan 6 orang guru? 

Masuk Form 2, aku pernah kena maki dengan ustazah kaw-kaw punya. Al-kisahnya sebelum tu aku belajar dengan cikgu lain. Tetiba, kena tukar masuk kelas dia. Aku tak tahu pulak kekdah dia lain dengan cikgu tu. Baru masuk en, still tercangak-cangak lagi. Dia pun takde cakap apa, budak kelas yang lain pun senyap je. So nak expect macam mana? One day dia panggil nama aku, bila sampai je dekat depan "Eh kamu ni bodoh eh? Kamu tahu tak makna bodoh tu apa? Kamu nak saya cakap berapa kali baru nak faham? Bab yang ni masuk dalam buku ni, bodoh!" Peerh berdas-das bodoh aku kena masa tu. Lepastu ustazah tu bukak kasut, paaaapp. Campak sebijik. Ya Allah, malu sangat :")

Tapi aku tak menangis pun bila kena macam tu. Yang kes Form 2 aku ternangis jugak la lepas habis kelas dia. Itu pun sebab marah! Rasa macam nak maki sampai langit ketujuh! Benganggg =.=" Ni dah Form 6 pun kena marah jugak, normal la kan? Tapi menangis depan cikgu dengan umur nak masuk 20 tahun depan?!! Serious lah Firaaaaaa. Aduhaiii =.=" aku menangis bukan sebab marah okay. Aku syukur cikgu masih tegur aku, means cikgu sayang aku, dia sendiri cakap "Buat yang terbaik untuk diri kamu, bukan untuk cikgu. Cikgu tegur sebab nak kamu improve" Nampak kan? Dia nak tengok aku berjaya :") 

Syukurlah Rabu dengan Khamis cikgu takde. Ade urusan luar. Hari Jumaat takde subjek tu. Sabtu Ahad cuti. Soooo ade lima hari untuk aku buang rasa malu ni dan berharap cikgu dah lupakan semua yang jadi hari ni. Aaahhh ! ><

No comments:

Post a Comment