Monday, 10 July 2017

MOVE ON AND LETTING GO

Assalamualaikum. Rindunya zaman kanak-kanak, kalau jatuh yang terluka cuma kaki dan tangan. Bila dah besar, effect jatuh tu luka sampai ke hati. Entry ni sebenarnya aku dedicated dekat kawan aku, Capital F. You know who you are. Babe, aku sayang kau weh. Aku tak sanggup nak tengok kau menangis for the same thing.

Dia dah tak sayang kau. Can You accept that? Belajar terima hakikat boleh tak? Terang-terang dia cakap dia dah tawar hati dengan kau. Dia layan kau macam rubbish okeh! Kau tanya dia baik-baik, dia kata kau serabutkan kepala hotak dia. Helloooo laki jenis apa tu? =.=

Masa belum dapat, hamboiii kemain manis lagi mulut! Bila dah dapat, dah bosan, kau buat dia macam tu. Eh mamat oii, kau ada kakak kan? Jangan fikarah tu tak kena kat kau tapi kena kat kakak kau sudah! Ye, memang kawan aku ada buat salah. Tapi apa hak kau nak balas dia dengan cara macam tu? Kalau tak suka, cakap nicely tak boleh? Perlu ke nak maki hamun macam tu? 

Spisies macam ni sebenarnya cuma berani dengan kaum wanita je. Bila dengan laki, confirm kecut telur! Nak tunjuk kau macho, gentle, depan perempuan jelah kau ade peluang kan? Cuba buat perangai taik kau tu dengan sama jantina kau, haa orang campak masuk lombong je. So, please. Takyah nak poyo keyh?

And wahai kawanku yang palingg manja, haha! Kuatkan lah hati tu. Aku tahu tak mudah. Sangat susah. Nak lagi kenal dari sekolah rendah kan? Tapi hati manusia ni kita tak boleh nak paksa-paksa. Jaga maruah kita sebagai perempuan weh. Aku kagum dengan kau. Ego kau sangat rendah. Selalu mintak maaf walaupun bukan salah kau. Kau concern pasal perasaan orang. Aku sendiri tak mampu nak jadi macam kau. So, orang sebaik kau layak dapat orang yang baik jugak okay? Layak dapat lelaki yang tak sesuka hati nak layan perempuan macam takde harga diri! So put some respect on yourself okay? Jangan biar orang pijak kau sesuka hati je. 

Mak ayah kau jaga kau dari kecik. Bila dah besar, kau bazirkan air mata kau tu untuk jantan macam tu. He don't deserve it okay? Tolonglah. Macam kau tahu aku sendiri pun rasa benda yang sama. ESOK, 11 haribulan sepatutnya dah SETAHUN aku dengan dia. Tapi? Allah dah takdirkan seminggu sebelum raya which is 19 haribulan aku putus. Aku terima hubungan kiteorang yang setakat 11 bulan 7 hari. Kau bayangkan? 3 minggu lagi nak cukup dah setahun. Tapi, apa guna aku tunggu saat tu kalau dia sendiri pun tak pernah nak ingat?

Move on bukannya senang. Perlukan masa dan kekuatan. Tapi apa pilihan yang kita ada? Takkan kita nak bunuh diri? Takkan kita nak salahkan takdir? Hidup ni jauh lagi perjalanan. So, banyak lagi jenis manusia yang kita akan jumpa. Anggaplah dia sebagai satu permulaan untuk kita bersedia dengan dugaan lain pada masa hadapan. Aku percaya kau kuat. Anything, I'm here for You. 

One of the hardest decisions you'll ever face in life is choosing whether to walk away or try harder. Cakap je dekat hati tu, boleh buat! Forget what it hurt You, but never forget what it thaught You. Belajar daripada pengalaman ni. Pengalaman ni guru yang paling berharga, okay sayang? Letting go is hard. Holding on is harder. Nak pertahankan satu relationship tu bapak punya susah. Tapi kalau dah macam ni punya gaya, takpayah nak pertahankan sangatlah ya? Sebab no reason to stay is a good reason to go. Don't waste your whole life TRYING to get back what WAS taken away. 

Sebenarnya aku tengah dalam proses pujuk hati aku jugak :) Jadi ni satu nasihat untuk diri aku sendirilah memandangkan besok adalah tarikh yang ... yeahh malas nak cakap. Haha. I took a deep breath and let it go :D

No comments:

Post a Comment